Usahawan Bumiputera Dot Com
Program Prasarana Pemasaran untuk Usahawan Bumiputera untuk industri kecil dan sederhana.
Halaman web ini adalah untuk pengiklanan percuma bagi usahawan bumiputera yang baru menempah nama dan cuba memasarkan produk atau perkhidmatan. Untuk meletakkan ikan anda. sila hantar email kepada usahawanbumiputera@yahoogroups.com dan membuat mengesahan, setelah itu email iklan anda kepada alamat email yang sama.

Terima kasih!

 

Coklat Gamat

KUALA PILAH 20 Jan. - Dalam usaha mengembangkan perniagaan coklat buatan tangan, melalui syarikatnya Zaira Food Technology, Azian Razak berusaha menghasilkan coklat resipi tempatan yang mempunyai keistimewaannya.

Usaha tersebut berbekal daripada pengalaman yang diperoleh setelah dua tahun berkhidmat dengan sebuah institut penyelidikan di Universiti Pertanian Malaysia (UPM).

“Usaha ini adalah salah satu cara untuk bersaing dalam industri ini agar jenama zyraz’s dikenali dengan produknya yang tersendiri,” katanya.

Menurut Azian, hasil daripada kajiannya sendiri, beliau berjaya menghasilkan coklat gamat dan coklat untuk diabetis.

“Coklat tersebut diadun menggunakan bahan tersendiri seperti coklat untuk diabetik yang tidak menggunakan pemanis berasaskan tebu dan sesuai bagi mereka yang menghidapi diabetis,” katanya.

Sementara itu katanya, coklat gamat pula mempunyai banyak khasiat termasuk menyembuhkan sebarang luka.

“Selama ini kita cuma mendengar tentang air dan minyak gamat saja tetapi kini coklat gamat pula yang mempunyai khasiat yang sama,” katanya.

Katanya, produk tersebut akan dipasarkan kelak setelah mempunyai modal yang mencukupi.

“Coklat untuk diabetis misalannya memerlukan ramuan khas bagi menggantikan gula dan ia agak mahal. Begitu juga dengan gamat.

“Tetapi saya berharap usaha ini dapat dilaksanakan secepat mungkin kerana ia salah satu usaha membangunkan perniagaan ini,” tambahnya.

Kata Azian, biarpun usaha itu masih dalam perancangan, beliau mempercayai ia dapat dilaksanakan selagi ada keinginan.

”Saya percaya sesebuah perniagaan tidak harus berada pada tahap itu saja dan ia harus dipertingkatkan apatah lagi dengan saranan serta sokongan yang diberikan oleh kerajaan,” katanya.

 

Sponsored By
Rumah Anak Yatim
Minyak Lintah Tapa
Dunia internet - Domain Murah bagi blogger

usahawanbumiputera
Link Exchange with Usahawan Bumiputera

anakyatim


ShoutMix chat widget



My Popularity (by popuri.us)