Efektif Mikrob digunakan dalam rawatan air dapat memperbaiki kualiti dan persekitaran air .Melalui proses
penapaian (fermentation) ia akan mengikat nutrien dari diambil oleh species lain seperti algae contohnya,mengurangkan mendapan(sludge) dan
ammonia, meningkatkan kebolehlarutan oksigen(DO) dan turbiditi.
photosynthetic bacteria (PSBs) di dalam larutan Efektif Mikrob adalah bakteria semulajadi yang mempurifikasi (purifying microorganisms). Terdapat
lebih daripada 6 klafikasi PSBs dan hanya satu spesifik kumpulan yang bertindak secara effektif dalam proses purifikasi air. Kumpulan bakteria
purple non-sulfur photosynthetic bacteria didalam larutan EM adalah kumpulan utama yang digunakan sebagai agen purifikasi air (rawatan air) dan
juga dalam akuakultur.
Penggunaan EhM dapat meningkatkan hasil ternakan ikan. Persekitaran EM yang wujud dalam kolam
mengurangkan tekanan(stress) yang mana stress adalah faktor yang utama mempengaruhi hasil. Bakteria dalam larutan EM berjaya menyelesaikan banyak
perkara.
Antaranya:
Meningkatkan jumlah kebolehlarutan oksigen( dissolved oxygen )DO.
Menstabilkan PH
Mengurangkan bau
Mengurangkan kehilangan nutrien dalam kolam
Mengurangkan kehadiran mendapan dalam kolam( sludge)
Menurunkan BOD
Mengurangkan hydrogen sulfide
Menurunkan COD
Mengurankan paras bahan organik
Mengurangkan paras besi(levels of iron)
Mengurangkan paras manganese
memperbaiki turbiditI
Apabila bakteria fermentasi yang baik dan sempurna di berikan,banyak kebaikan yang terhasil
dari penggunaan larutan EM tersebut. Mikroflora dalam air menjadi stabil (balanced) dan harmoni dengan alam semulajadi dan ini seterusnya
mewujudkan persekitaran yang mesra alam. Dengan PH yang stabil,air yang jernih,bau yang menyenangkan, dan oksigen yang tinggi(DO), air anda telah
sempurna dan sedia digunakan untuk kebaikan anda.
dipetik dari http://bakteriabaik.blogspot.com/
|