Halia dikategorikan sebagai sayuran umbisi .Ia juga merupakan tanaman herba atua rempah.Tanaman halia
dikatakan berasal dari Asia Tenggara telah lama di kenali di Asia dan kini di seluruh dunia.Halia digunakan sebagai bahan perasa dalam pelbagai
masakan.
Halia boleh di proses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak oleoresin.Minyak halia boleh di jadikan bahan
perasa minuman buah-buahan,confectionary kosmetik dan ubatan.Oleoresin pula boleh digunakan untuk bahan perasa minuman tetapi lebih untuk ubatan.
Ubat-ubatan dari halia boleh mengawal penyakit antaranya demam,batuk,sesak dada,pleurisy,cramps,migrane, sengugut,sakit kepala,sakit gigi,sakit
tulang,sakit perut dan sakit gastrointestinal.
Halia ditanaman dikawasan tropika meliputi tanah ketinggian 1500 meter dari aras laut dan boleh hidup dalam
berbagai keadan cuaca dan jenis tanah.
|