Tanaman Serai Wangi (Cymbopogon nardus) dipercayai berasal sama ada dari Selatan India atau Sri Lanka. Serai Wangi
juga tumbuh liar di kebanyakan negara di Asia Tropika, Amerika dan Afrika. Di Malaysia, serai wangi biasanya ditanam di halaman rumah
sebagai tanaman dapur dan kebelakangan ini terdapat beberapa pengusaha yang berminat untuk menanam serai wangi bagi menghasilkan minyak
patinya. Serai wangi ialah sejenis tanaman rumput yang tinggi dan mempunyai rimbunan daun yang lebat. Ia boleh tumbuh sehingga 1.0–1.5
m. Daunnya bersifat tirus, panjang sehingga 70 – 80 cm dan 2 – 5 cm lebar. Ia berwarna hijau muda, kasar dengan urat yang selari
dan mempunyai aroma yang lebih kuat jika dibandingkan dengan serai makan. Serai wangi jarang berbunga dan hanya berbunga bila sudah
cukup matang iaitu pada peringkat umur melebihi 8 bulan.
Serai Wangi
Kegunaan:
- menghalau semut, anai-anai, lipas, serangga perosak dan tikus
- hilangkan bau busuk
- sebagai pencuci lantai
- sebagai penyegar bilik
- anti-bakteria
- menaggalkan kotoran degil & kesan minyak
Cuma masukkan sedikit larutan serai wangi ke dalam air dan anda boleh menggunakannya seperti di atas.
Direktori
http://pkk-enterprise.blogspot.com
|