Tingkat pengeluaran tebu
SAINTIS dan ahli Perkhidmatan Kajian Pertanian (ARS) baru-baru ini memperkenalkan
dua jenis penanaman tebu baru yang dijalankan khas di kawasan tanah pasir di Florida.
Penanaman baru, CP 00-1446 dan CP 00-2180 yang dibangunkan di kawasan Stesen
Padang Tebu ARS di Canal Point, Florida itu merupakan sebahagian daripada usaha menggalakkan penanam tebu meningkatkan pengeluaran hasil yang
ditanam di tanah pasir.
Teknik terbaru itu merupakan hasil kajian dan kerjasama yang dijalankan antara
University Florida dan juga syarikat Florida Sugar Cane League, Inc.
Sepanjang proses percubaan, teknik penanaman tersebut berpotensi untuk
menghasilkan kuantiti tebu dan gula yang banyak.
Dari segi pengeluaran gula, kedua-dua teknik berkenaan meningkatkan hasil sebanyak
32 peratus iaitu 15 peratus lebih tinggi dari pengeluaran komersial sebelum ini.
Penanaman tersebut juga membolehkan pengusaha tanaman tebu di Florida menjalankan
penuaian hasil sebanyak tiga kali setahun di mana pengeluaran pertama akan menghasilkan tebu dengan kuantiti yang banyak, manakala bagi
pengeluaran kedua dan ketiga pula hanya melibatkan pucuk.
Untuk penanaman CP 00-2180, ia akan menghasilkan kepelbagaian hasil tebu yang
jarang dikomersialkan.
Sebenarnya, negeri Florida merupakan pengeluar terbesar gula di Amerika Syarikat
kerana majoriti tebunya ditanam di tanah organik di sepanjang bahagian selatan dan timur Tasik Okeechobee di negara tersebut.
Secara keseluruhannya, hanya 20 peratus tanaman tebu di Florida di jalankan di
atas tanah pasir.
Untuk memenuhi keperluan pengusaha tanaman itu, ramai penyelidik di Canal Point
berusaha membangunkan kepelbagaian teknik penanaman yang dapat menghasilkan pelbagai jenis tebu dengan lebih banyak gula.
Sebagai agensi kajian saintifik untuk Bahagian Pertanian Amerika Syarikat, ARS
turut menjalankan kajian benih tebu melalui penyelidikan di stesen berkenaan.
|